"Saya sedar ada yang membandingkan cara nyanyian kami, ada yang kata dia nyanyi lagu 'Vroom Vroom' lagi baik dari saya. Saya tak kisah tentang komen penonton itu, cumanya pada saya tak perlulah ada perbandingan begitu. Setiap penyanyi ada cara tersendiri nak sampaikan lagu dan dalam pertandingan setiap peserta pastinya akan buat lebih baik darpada penyanyi asal.

"Kalau kita tengok artis luar negara pun banyak buat cover lagu orang lain dan lebih sedap berbanding penyanyi asal, tapi orang tak kata... peliknya asal Nabila Razali sahaja mesti ada salah," demikianlah ujar penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang terus menjadi bahan kritikan netizen yang mempertikaikan mutu nyanyiannya walaupun ketika menyampaikan lagu sendiri.
Terkini, keupayaan Nabila menyanyi secara langsung dibandingkan pula dengan peserta 'Big Stage 2019', Han-Byul yang membuat persembahan lagu 'Vroom Vroom' di konsert minggu kedua program berkenaan pada malam Ahad.
Rata-rata berpendapat kualiti vokal dan persembahan peserta dari Korea itu jauh lebih baik berbanding Nabila selaku penyanyi asal. Namun Nabila, 27, bagaikan sudah lali dengan perbandingan seperti itu dan berpendapat setiap penyanyi mempunyai cara tersendiri ketika membuat persembahan.
Klik untuk gambar besar

Han-Byul telah menerima 'standing ovation' daripada juri dan juga penonton dan ia melayakkan dia menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 89.33 peratus meninggalkan 11 peserta yang lain. Malah, nama Han-Byul dan Nabila Razali turut menjadi trending di laman Twitter.
Meskipun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni, Nabila berkata dia tetap hadir ke konsert tersebut bagi menyaksikan persembahan Han-Byul: "Mujurlah dia peserta terakhir buat persembahan jadi dapatlah saya tengok secara langsung. Saya sangat terharu dan berasa bangga apabila orang luar mampu bawa lagu itu dengan baik mengikut caranya sendiri. Dia sangat bagus!".
Ditanya adakah dia bersedia untuk bergandingan bersama penyanyi yang popular dengan lagu 'Time Is Up' itu, Nabila berkata dia menerima dengan hati terbuka jika ada tawaran sedemikian: "Mestilah nak! Insya-Allah kalau ada rezeki dan tawaran semestinya saya tidak menolak".

www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment