12 August 2019

RUMAH IBU DIHAMPIRI 'SCAMMER', SARANG DADAH - SAM MINTA BANTUAN RONDAAN


"Saya baharu sahaja pindah ke rumah baharu, di Melaka. Kami buat rumah baharu disini. Tetapi kawasan ini banyak kes. Ada kes pecah rumah dan juga scam. Pernah sekali tu mereka datang menyamar naik satu kereta.



"Mereka datang dan singah ke rumah saya cakap nak jual CD, barang kecantikan... ada banyak lagi barang lain yang dijual," demikian kata ibu kepada pelakon veteran, Khaty Fauziah yang bimbang mengenai keselamatan dia dan suami gara-gara kawasan rumah sering menjadi sasaran penjenayah dan sarang penagih dadah.

Lebih menakutkan apabila ibu kepada pelakon Shaheizy Sam dan Zizie Izette ini pernah dihampiri beberapa individu tidak dikenali yang dipercayai menyamar sebagai jurujual dari rumah ke rumah sebelum melakukan jenayah. Khaty kini menetap di Jalan Pokok Mangga Kampung Padang, Melaka, bersama suami, Abdul Samad Jaaman.

Bimbang dengan situasi itu, Shaheizy segera menulis surat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah pada 22 Julai lalu bagi mendapatkan bantuan rondaan demi keselamatan ibunya dan seluruh penduduk sekitar.

Klik untuk gambar besar


Permohonan Shaheizy menerima maklum balas positif darpada pihak polis menerusi sepucuk surat bertarikh 6 Ogos lalu dengan menyatakan kesediaan badan Berunifom itu untuk meningkatkan rondaan bagi mencegah jenayah di kawasan yang dinyatakan.

Bercerita lanjut mengenai situasi cemas yang dilalui selepas beberapa bulan menetap di situ, Khaty berkata kawasan semak di belakang rumahnya juga sering dijadikan sarang penagih dadah untuk melepas gian.

"Terlalu banyak kes di sini. Sebab itu Sam bimbang kerana di sini saya tinggal berdua sahaja dengan suami, tapi dia juga selalu keluar outstation. Saya takut kerana belakang rumah ada kawasan semak. Di situ pula ada pokok mangga, pukul 6 pagi mereka sudah panjat pokok untuk curi buah," ujarnya

Bagaimanapun, Menurut Khaty, dia kini berasa lega dengan keprihatinan pihak polis mengenai masalah yang diajukan. Katanya, tindakan pantas pihak polis meningkatkan rondaan membuatkan dia dan penduduk sekitar berasa lebih selamat.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Khaty Fauziah & Shaheizy sam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: