05 August 2019

"SALAH SAYA VIRALKAN... MEREKA SUDAH MOHON MAAF" - REZA CEMAS ISTERI GUGUR


Pelakon Reza Hasbi menerusi laman Instagram telah memuatnaik video selain mengakui menyesal dan memohon maaf atas tindakannya memuatnaik video pertelingkahan antara dia dan pengawal keselamatan Hospital Sungai Buloh di laman Instagram pada 16 Julai lalu. Reza atau nama sebenarnya Mohamad Ridzuan Hasbullah, 30, berkata dia tidak sepatutnya menularkan video tersebut memandangkan pihak pengawal keselamatan dan hospital sudah membuat permohonan maaf kepadanya.





"Kalau boleh saya nak selesaikan masalah ini dengan cara baik supaya tiada mana-mana pihak tersinggung. Saya akui memang salah saya viralkan video itu sedang mereka sudah mohon maaf kepada saya. Jadi, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada pengawal keselamatan itu serta pihak hospital dan harap dengan permohonan maaf ini semuanya selesai," katanya.

Reza diminta mengulas mengenai video dia membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pengawal keselamatan bernama Ag Mohd Noh Ag Samat dan Hospital Sungai Buloh yang dimuatnaik di Instagramnya pada Isnin. Sebelum ini, pelakon drama 'Dia Menantu Rahsia' itu memuatnaik video rakaman pertelingkahan antara dia dan pengawal keselamatan di laman sosialnya menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen turut mempertikaikan tindakan Reza merakam dan memuatnaik video tersebut sedangkan dia sudah membuat laporan polis terhadap pengawal tersebut. Insiden tersebut difahamkan berlaku pada malam Isnin, 15 Julai lalu. Dalam pada itu, Reza memberitahu punca pergaduhan tersebut berlaku disebabkan dia berang dengan teguran kasar pengawal keselamatan yang memintanya untuk meletakkan kenderaannya di tempat letak kereta yang disediakan.

Klik untuk gambar besar


Menurut Reza, dia mengakui kesilapannya meletakkan kereta di kawasan larangan disebabkan bergegas ingin melihat isteri yang berada di wad kecemasan akibat mengalami keguguran: "Memang salah saya sebab letak kereta di kawasan terlarang tapi ketika itu saya dalam keadaan kelam kabut sebab isteri di wad kecemasan akibat mengalami pendarahan teruk dan keguguran.

"Dalam keadaan saya nak cepat tiba-tiba ada pengawal keselamatan datang, minta ubah kereta dan saya bertegas la. Berlaku provokasi sehingga menyebabkan pertelingkaran antara kami. Kesilapan saya lagi apabila saya viralkan insiden tersebut dengan merakam video dan memuatnaik di Instagram saya," ujarnya.

Untuk rekod, isteri kepada Reza ini iaitu Rosedarlila mengalami keguguran anak ketiga mereka ketika kandungan sudah mencecah 10 minggu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhamad Risqi Danial, 2, dan Muhamad Rafie Dayan yang kini berusia lima bulan.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Reza Hasbi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: