23 August 2019

SANGGUL LINTANG, PELAMIN MALAM BERINAI - ELLY BUAT PEMINAT TERTANYA


Pelakon Elly Mazlein baru-baru ini telah memuatnaik foto sanggul lintang dan pelamin yang akan digunakan pada malam berinai menerusi laman Instagram miliknya. Foto-foto tersebut telah membiarkan peminat terus berteka-teki mengenai perkahwinannya seolah-olah bakal meraikan hari bahagia itu pada Jumaat.





"Malam berinai bertemakan Cik Siti Wan Kembang. Kakak Lina nak tanya.. love tak crown yang adik kepom @jimmycoutureofficial buatkan untuk kakak Lina? #malamberinai. Tq adikku @jimmycoutureofficial. Sukanye decoration dari @achare.lapanbelas @benfirdausazraai untuk malam berinai nanti.. #MenantiHariItu," tulis Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pom Pom.

Bersama kapsyen yang dimuatnaik, peminat mengandaikan pelakon drama 'Kau Yang Pertama' ini akan berkahwin dalam masa terdekat. Justeru itu, kedua-dua foto tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada pengikutnya.

Klik untuk gambar besar


"Cantik sangat, mesti kembang mekar bak burung merak. Semoga dipermudahkan urusan Kak Lina dan pasangan. Bila majlisnya ni? Tak sabar nak tengok Kak Lina jadi ratu sehari, nak tengok wajah papa. Tahniah... tak sabar nak tengok, tema negeri saya tu! Cantik sangat, sesuai dengan Kak Lina, bangga kita sebab pakai baju Cik Siti Wan Kembang... mesti cantik," komen netizen.

Bagaimanapun, Elly tidakmenjawab komen eminat dan masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. Sebelum ini, Elly mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Papa Awan Nano.



Elly turut mendedahkan dia bakal menamatkan status janda apabila merancang untuk merancang untuk berkahwin pada tahun depan dengan seorang lelaki berusia 28 tahun. Difahamkan, pemuda yang dikaitkan dengan Elly itu merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Dia turut mengimpikan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang lebih besar dan meriah.

"Saya anggap ini sebagai perkahwinan yang pertama buat diri saya. Apa sahaja yang saya tak pernah rasa sebelum ini, saya akan buat dalam majlis kali ini. Perkahwinan sebelum ini berlangsung ketika mama saya baharu sahaja meninggal dunia dan majlis pun dibuat di surau sahaja. Kalau boleh kali ini saya teringin nak rasa yang meriah sedikit. Kebetulan bakal suami pun tak pernah berkahwin," katanya.

Untuk makluman, Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Putri Sara Sefhia yang kini berusia tiga tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Elly Mazlein


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: