23 August 2019

TIZ ZAQYAH: "LAKI PEDOPHILE SAMBUT... TAK PAKAI TUDUNG... KE NERAKA"


Umum mengetahui mengenai seorang pesalah pedofil yang dikatakan sedang menyambung pelajarannya di UKM dan perkara itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen sehingga menimbulkan perbalahan. Perkara itu juga turut mendapat perhatian pelakon Tiz Zaqyah yang mempersoalkan mengenai isu itu dengan mengatakan lelaki pesalah pedofil disambut baik tetapi jika doktor, atlet atau pelakon tidak bertudung pasti akan dikecam teruk.





Malah, Tiz turut meluahkan rasa jijik dengan mentaliti masyarakat sekarang serta menyifatkan masyarakat kini sedang 'sakit'. Perkongsian Tiz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dan menyokong kenyataannya itu. Malah ada yang tidak bersetuju pesalah pedofil itu dibawa pulang ke Malaysia dan bimbang jika anak-anak kita pula menjadi mangsa.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan mentaliti masyarakat kita tengah sakit dan masing-masing sibuk mahu menjadi Tuhan. Bagaimanapun, ada yang mempertikaikan kenyataan Tiz itu dengan mengatakan bertudung atau tidak jika diri seorang pendosa neraka adalah tempatnya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: