23 August 2019

WORLD MARTIAL ARTS - VANIDAH WAKILI MALAYSIA DI KOREA LAWAN SILAT


"Di sana, saya akan bertanding dalam kategori berkumpulan. Ia tentu sahaja peluang cukup bermakna selepas lebih dua bulan menjalani latihan pesat. Hingga saat ini, saya tidak pernah terlintas untuk bertanding atau mewakili Malaysia dalam pertandingan sebegini. Saya hanya belajar silat untuk mempertahankan diri selain tuntutan watak, seperti ketika terbabit dalam pementasan teater Mahsuri di Istana Budaya.





"Sejak awal membabitkan diri dalam seni, saya sudah mula belajar asas silat, namun tidak pernah terlintas untuk serius sehingga memasuki pertandingan," tutur pelakon Vanidah Imran yang bakal mewakili negara ke pertandingan seni pertahanan diri antarabangsa, 2019 Chungju World Martial Arts Masterships, di Korea Selatan.

Bakal terbang pada 29 Ogos ini, Vanidah menyertai 19 lagi pesilat profesional daripada Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia ke negara berkenaan. Bagi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-20 ini, peluang dihulurkan itu menjadi penghormatan besar buatnya.

Klik untuk gambar besar


"Sepanjang tempoh latihan untuk pertandingan ini, saya juga perlu membahagikan waktu dengan kerja lakonan dan tumpuan terhadap anak. Sebelum itu, saya juga terikat dengan persiapan untuk aktiviti maraton di Tokyo," kata bekas isteri Rashidi Ishak ini yang mempelajari seni silat cekak sejak 2016.

Tiga tahun lalu, pertubuhan silat berkenaan membawa pulang pingat perak daripada pertandingan terbabit menerusi kategori berpasangan. Apapun, semoga berjaya diucapkan kepada Vanidah serta pasukan Malaysia. Sama-sama kita doakan kejayaan kontinjen negara.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: