23 August 2019

BIL ELEKTRIK CECAH RM1K - FIZZ FAIRUZ TERKEJUT, JARANG DI RUMAH


Menerusi laman Instagram, pelakon Datuk Fizz Fairuz telah memuatnaik video dimana dia mendakwa jumlah bil elektrik di rumahnya mencecah hingga RM1,000 dan terkejut dengan perkara terbabit. Jelas Fizz, dia musykil dengan jumlah bil elektrik rumahnya yang diterima kerana dia mendakwa jarang berada di rumah.





"Kita share sikit,sebab mmg terkejut sgt2 sebab terlalu byk.. jarang ada umah,tapi bill beribu... hope #tnbmalaysia @tenaga_nasional tlg amik berat sikit masalah saya ni... nk kol bertanya jer dah 1 jam tggu, sambung sana sini.. last2 putus, kena kol balik.. hope sgt @tenaga_nasional amik port sikit masalh saya ni,saya takde duit banyak nk support company korang...," tulisnya.

Fizz berharap agar pihak Tenaga Nasional Berhad mengambil berat tentang masalah jumlah takrif elektrik di rumahnya yang didakwa naik dengan tinggi. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berhadapan masalah yang sama.

Klik untuk gambar besar


Namun ada juga pengikutnya yang menyedari bil elektrik yang ditunjukkan Fizz itu tinggi kerana dicampur dengan jumlah tunggakan bil bulan terdahulu yang tidak dibayar. Pun begitu, Fizz belum lagi mendapat makum balas dari syarikat elektrik tersebut mengenai permasalahannya.

"Samalah rumah kita kat Kuantan nie... Makin lama makin melambung bil api.. Macam pakai aircond.. Teruk dah TNB sekarang..," komen peminatnya. - Maaf Datuk. Tengok pada bil tu, cas semasa 300++ je. Yg jdi kan 1000++ sbb termasuk caj tunggakan," komen pengikutnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fizz Fairuz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: