23 August 2019

UMUM HAMIL - NINA ISKANDAR BAKAL SAMBUT ANAK WAWASAN 2020


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Nina Iskandar yang mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama selepas selamat bernikah pada April lalu. Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 28, akui bersyukur dan gembira dengan rezeki dikurniakan kepadanya dan suami, Azlan Adzanan.





"Bismillahirrahmirrahim. Time has flown pretty fast and so many things have happened in my life within such a short period of time. Overwhelming surprises - but only blessing after blessing. Syukur Alhamdulillah, My Husband and I are happy to finally announce to the public that we have a little one on the way. Terima kasih atas semua doa kalian. Jumuah Mubarakah. #Wawasan2020," tulisnya.

Nina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memuatnaik fotonya bersama baby bump yang sudah mula kelihatan. Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata turut mengucapkan tahniah. Namun tidak kurang juga yang menganggap kehamilan itu sebagai bunting pelamin kerana dia dan suami baru sahaja bersanding pada awal bulan ini.

Pasangan ini terlebih dahulu telah diijabkabulkan pada awal April lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja. Difahamkan Nina mula mengenali suaminya yang juga seorang penolong pengarah ketika bekerjasama dalam drama 'Setelah Cinta itu Pergi', arahan Heykal Hanafiah.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nina Iskandar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: