23 August 2019

"TAK BOLEH HORMAT PRIVASI" - RUHAINIES BERANG WAJAH KEKASIH TERSEBAR


"Saya tak faham kenapa ada orang tak boleh hormat privasi orang lain, semua tahu saya tak pernah post dia di media sosial. Tolong ada sedikit hormat, sekurang-kurangnya minta kebenaran," demikian kata pelakon Ruhainies berhubung wajah kekasihnya dikenali sebagai Mr. E itu tersebar di media sosial.





Semalam tular apabila sebuah portal hiburan mendedahkan wajah kekasihnya sekaligus membuatkan Ruhainies berang kerana tindakan yang dilakukan oleh individu itu salah dan melanggar hak privasi orang lain. Ruhinies turut memuji tindakan peminat dan wartawan yang menghormati permintaannya untuk tidak mendedahkan identiti bakal suaminya itu.

Malah ada yang memotong gambar kekasihnya sebelum memuatnaik di media sosial: "Orang awam atau peminat pun hormat, kalau nampak saya diluar atau nak bergambar mereka akan crop gambar dia. Wartawan yang pernah jumpa dia pun tak pernah post atau masuk dalam surat khabar".

Difahamkan, foto kekasih Ruhanies itu dirakam secara 'curi-curi' ketika pasangan itu berada di sebuah majlis. Sebelum ini, Ruhainies yang sudah hampir dua tahun menyulam kasih itu berkata dia tidak mahu mendedahkan kekasihnya kerana bimbang kehidupannya sebagai seorang selebriti yang sering menjadi perhatian ramai membuatkan kekasihnya itu rasa tidak selesa.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ruhainies


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: