23 August 2019

DATUK HAZIQ HUSSNI MASUK HOSPITAL: "KEADAAN AGAK TERUK SEKARANG"


Menerusi laman Instagram, pengacara dan penyampai radio Haziq Hussni telah memuatnaik foto bersama datuknya, Muhamed Hassan Mohd Din yang kini dimasukkan ke hospital selain memohon kepada semua pihak untuk mendoakan.





Dalam entri tersebut, Haziq menyatakan keadaan datuknya agak kritikal di saat ini: "Doakan kesihatan dada (atok) saya Muhamed Hassan bin Mohd Din. Keadaan dia agak teruk sekarang ni. Semoga dada kembali sihat. Hari sabtu ni birthday dada yg ke-80 tahun".

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat tidak putus mendoakan semoga datuk Haziq cepat sembuh. Haziq mula aktif di industri hiburan pada tahun 2014 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Haziq Hussni


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: