09 August 2019

SELAMAT BERSALIN - ADIRA SUHAIMI TIMANG ANAK KETIGA, 'ANGGUN'


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Adira Suhaimi yang telah selamat melahirkan anak ketiganya, perempuan yang diberikan nama 'Anggun' dengan berat 3.5 kilogram kira-kira jam 2 petang semalam secara pembedahan di pusat perubatan Sungai Buloh.





Bagaimanapun, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28, belum dapat bertemu anak ketiganya itu kerana masih berada dalam pemantauan doktor berikutan bayi itu mengalami masalah pernafasan: "Alhamdulillah, proses bersalin semuanya okey. Cuma, sekarang bayi belum ada bersama saya.

"Saya juga masih lemah disebabkan baru saja bersalin. Buat masa sekarang, suami ada menemani saya di sini. Apabila sudah anak tiga, bagi saya cabaran semakin bertambah. Mujur anak sulung sudah besar sikit iaitu dua tahun lima bulan. Cuma, yang kedua saja baru 11 bulan.

Klik untuk gambar besar


"Mesti dia mencari nanti. Tadi mereka ada bersama saya, tapi tak dapat juga berjumpa dengan adik mereka. Mujur rumah dengan hospital tak jauh, jadi boleh suami berulang-alik ambil dan bawa mereka ke sini," katanya.

Dalam pada itu, Adira memberitahu doktor menasihatinya supaya menjarakkan kehamilan memandangkan sudah tiga kali menjalani pembedahan. Sepakat memilih nama Anggun, Adira berkata suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red mahukan nama anak bermula dengan huruf A dan pendek.

"Doktor belum suruh ikat lagi, tapi saya dinasihati untuk tidak hamil dalam waktu terdekat. Kalau nak mengandung lagi pun, tunggu lima tahun. Itu tempoh yang sebaiknya bagi kes macam saya. Sebab, dua anak sebelum ini pun dilahirkan melalui proses pembedahan.



"Kalau boleh biarlah bahagian dalaman sihat sepenuhnya. Kalau masih ada rezeki, insya-Allah akan ada juga. "Suami memang nak semua nama anak bermula dengan huruf A dan pendek. Jadi, saya pilih nama Anggun. Tapi, suami pilih nama Ani. Katanya lebih mudah. Saya pilih Anggun sebab anak sulung kami diberi nama Anggrek dan anak kedua, Asan.

"Selepas berbincang, jadi kami sepakat dengan nama Anggun," jelasnya penyanyi lagu 'Pujaan Hati' itu yang mendirikan rumah tangga dengan Dato Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan sudah dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Anggerik dan Assan.

Terdahulu, Dato Red mempunyai lima orang cahaya mata bersama isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hasslim ataupun lebih dikenali sebagai Datin Red. Sebelum itu, Dato Red juga pernah berkahwin dengan seorang wanita sebelum bercerai lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan dia dikurniakan dua orang cahaya mata.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: