28 August 2019

SERAH PADA REZEKI - IPPO HAFIZ TERINGIN ANAK KEMBAR


"Setakat ini kami tiada perancangan. Kami serahkan pada rezeki, jika takdir kami mendapat anak dalam kadar segera, kami menerimanya dengan hati terbuka. Sejujurnya, belum terfikir lagi. Tetapi sudah namanya takdir dan ketentuan, jika rezeki anak sampai, bila-bila sahaja, kami akan bersedia.





"Insya-Allah. Tapi, kalau boleh, saya mahukan anak kembar," kata penyanyi dan komposer Ippo Hafiz yang yang tidak mempunyai sebarang perancangan apabila bercakap mengenai soal cahaya mata selepas baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan itu.

Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz, 30, dan isteri, Fara Roslan atau nama sebenar, Norfarahin Mohd Roslan, 31, sepakat menyerahkan perkara terbabit kepada ketentuan takdir. Dalam pada itu, mereka juga masih belum memilih destinasi untuk berbulan madu yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini.

Klik untuk gambar besar


"Buat masa ini, saya kembali sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi dan komposer selepas majlis pernikahan dan resepsi selesai. Dalam perancangan, kami mahu berbulan madu pada hujung tahun ini, Insya-Allah.

"Destinasi tujuan belum lagi ditetapkan, tetapi tempat bulan madu saya mahu rahsiakan dari pengetahuan isteri terlebih dahulu. Saya mahu ia menjadi kejutan," kata Ippo lagi yang selamat bernikah dengan fara pada 24 Ogos lalu dengan sekali lafaz dan majlis indah telah diadakan di Impian Abadi, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ippo Hafiz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: