01 August 2019

SERING DISALAH ANGGAP SEBAGAI JANDA - DIAN P.RAMLEE TUNJUK SUAMI


Ramai yang tidak tahu mengenai Dian P.Ramlee dan menyangka pelakon itu seorang janda kerana jarang memperlihatkan suaminya di mana-mana sidang media atau di dada akhbar. Terkini, Dian atau nama sebenarnya, Safarina Mum tampil memperkenalkan suaminya yang dikahwini sejak 38 tahun lalu bernama Md Amanti Ahmad.

"Ni la suami mummy.... dari dulu smpai la sekarag the only 1.. masih lagi bersama," jelasnya membuka bicara.

"Suami saya dari dulu sampai sekarang cuma seorang dan kami masih bersama. Kami berkenalan ketika usia saya 19 tahun dan setahun selepas itu, kami bertunang.





"Kami bernikah ketika saya berusia 23 tahun dan Alhamdulillah, rumah tangga kami bertahan hingga hari ini. Dalam hal peribadi, saya agak konservatif dan tidak suka gosip serta publisiti.

"Tetapi, masih ada yang buat cerita kononnya saya pernah dua kali kahwin, selain dikatakan janda apabila tidak berkongsi gambar bersama keluarga,” ujarnya dipetik sebagai berkata pada media.



Untuk info, Dian kini telah berubah dan banyak berkongsi fotonya bersama suami dan anak-anak menerusi media sosial.

Hasil 38 tahun mendirikan rumah tangga, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Md Al Safrin, 36, Siti Arianti, 31, dan Siti Adianti, 24.





         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: