02 August 2019

SHILA AMZAH: "IKUTKAN TENDANGAN PADU BABY, MACAM TAK SABAR KELUAR"


Sedang menanti hari untuk melahirkan anak pertamanya, penyanyi dan pelakon Shila Amzah atau nama sebenarnya Nushahila Amzah menerusi laman Instagram miliknya memberitahu dia kini menonton video orang lain bersalin hampir setiap hari.





Kongsi penyanyi lagu 'Tiada Dirimu' ini, dia sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertamanya itu: "Kembang setaman. InshaAllah lagi lebih kurang sebulan lebih je ni.. Hari-hari tengok video labor and delivery orang lain 😊. Bag hospital InshaAllah dah complete. Kalau ikutkan tendangan padu dari baby, dia macam dah tak sabar nak keluar... Terutamanya tendangan di tulang rusuk saya.. Tak kelakar ye rasa dia 😭".

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar semua urusan Shila dipermudahkan. Untuk makluman, Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018. Pada 7 Mei yang lalu, Shila telah mengumumkan jantina bayi bersama peminatnya dan bayi yang bakal dilahirkan adalah bayi lelaki.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Shila Amzah & Haris Idraki Elias


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: