02 August 2019

"ADA BANDMATE BARULAH" - NADIA AQILAH SAHKAN HAMIL 5 BULAN


Menerusi laman Instagram, pelakon dan penyanyi Nadia Aqilah Bajuri telah mengumumkan berita gembira dimana dirinya kini sedang hamil lima bulan selepas setahun mendirikan rumah tangga. Dijangka bersalin pada Disember nanti, kata Nadia, 33, dia teruja dan gementar menantikan cahaya mata sulungnya itu.





"Alamak December ni ada bandmate baru lah 🙄. To pee or not to pee, that is the question... Alhamdulillah we made a tiny human! We are halfway there, through puking and hunger, feeling nervous and excited, but enjoying the miracle of having two hearts beating inside me 😍.

"Pray for us! 🐋. #20weekspregnant #duanadi," tulis pelakon drama bersiri 'Emil Emilda' itu menerusi akaun Instagram dan ruangan komen pada entri tersebut telah dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.

Bagaimanapun, Nadia menafikan bahawa dia kini sedang hamil bayi kembar berdasarkan kapsyen 'two hearts' yang ditulis pada entri Instagramnya: "Two hearts bermaksud saya dan bayi saya. Bukan kembar," jelasnya yang berkahwin dengan seorang pemuzik bebas, Saiful Ridzuan pada April 2018.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Nadia Aqilah & Saiful Ridzuan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: