02 August 2019

TUNAI HAJI HARI INI - ASHRAF MUSLIM SEBAK TINGGALKAN KELUARGA


"Bismillahirrahmanirrahim... Saya Mohd Ashraf bin Muslim.. hari ini telah dipanggil oleh Allah SWT untuk menyahut seruannya bagi menjalankan tanggungjawab Rukun Islam yang ke-5. Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya.





"Tepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke Tanah Suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta harta benda sementara waktu untuk menjalankan tanggunjawab yang paling agung. Doakan saya supaya dapat haji yg mabrur dan memberi kesihatan yg cukup disana. Dan doakan juga isteri-isteri dan anak-anak serta harta benda saya sentiasa dilindungi oleh Allah swt..

"Saya amat berterima kasih kepada ayahandaku Muslim dan arwah bondaku Farilah bt Azil kerana kesungguhan mereka serta keizinan Allah SWT saya dapat menunaikan haji. Sedih, hiba dan rindu semua ada waktu ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi inilah dinamakan pengorbanan bukan aku sahaja perlu lakukan malah org sekeliling yang menyayangiku.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih, wahai isteri-isteriku Dayana dan Sakinah.. Anak-anakku Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah kerana sentiasa memahami ku sebagai seorang ayah, teman baik, teman untuk dimarah, teman utk mengadu, teman untuk bermain-main, teman berkasih sayang, teman untuk ber'spiderman', teman untuk bersilat, teman utk main tembak2, teman utk makan, teman bergosip, teman utk main rumah2 dan masak2, teman utk tidur dan teman untuk segala-segalanya.

"Maafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap jer. Kita jumpa nanti yer.. Jangan sedih dan risau... love you all so much @ashrafslegacy," demikian tulis pelakon Ashraf Muslim yang sebak kerana terpaksa meninggalkan keluarganya untuk tempoh 40 hari demi menunaikan ibadah haji.



Ashraf atau nama penuhnya Mohd. Ashraf Muslim, berangkat ke Tanah Suci Mekah pada pukul 9 pagi hari ini berseorangan tanpa ditemani mana-mana ahli keluarganya. Pelakon drama 'Dia Menantu Rahsia' itu juga memohon doa daripada peminat agar diberikan kesihatan baik sepanjang berada di Tanah Suci dan mendapat haji yang mabrur.

Pada masa sama, Ashraf mengharapkan kesejahteraan dan keselamatan kedua-dua isteri, keluarga serta harta bendanya sepanjang ketiadaan di tanah air. Lebih hiba, Ashraf, 37, turut menitipkan pesanan buat kedua-dua isterinya, Dayana dan Sakinah serta empat orang anaknya agar jangan bimbang dan bersedih dengan pemergiannya ke Mekah.

Selain Ashraf, pelakon Datin Umie Aida juga akan berangkat ke Mekah bersama suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, esok untuk menunaikan haji buat pertama kali. Sementara itu, aktres popular Erra Fazira pula akan berangkat ke sana pada 5 Ogos, juga untuk mengerjakan haji buat kali pertama.






www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Ashraf Muslim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: