03 August 2019

VOKALIS ROCK DITANGKAP DIDAKWA MILIKI DADAH


Seorang vokalis kumpulan rock yang popular di era 1990-an ditahan kerana didakwa memiliki dadah disyaki methamphetamine.

Beliau ditahan di sebuah kabin bersebelahan tempat cuci kenderaan di Taman Tenaga, Cheras, Kuala Lumpur, malam semalam

"Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan pada 9.30 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.





"Pemeriksaan lanjut menemui satu paket plastik lutsinar disyaki methamphetamine seberat 0.6 gram bernilai RM100 dalam kabin itu.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif methamphetamine, amphetamin dan dadah jenis ganja (THC).

“Suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” ujar Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro,

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Untuk makluman, kumpulan rock terbabit ditubuhkan pada 1994 dengan dianggotai empat orang termasuk suspek dan merakam album pertama mereka pada 1996.

Kumpulan itu tampil kali terakhir dengan produk seni mereka adalah pada 2011.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: