03 August 2019

JIKA ITU GAMBAR SAYA, NIKMATILAH - FAIZAL TAHIR


"Kalau inilah percubaan untuk mengganggu keharmonian rumah tangga kami, saya doakan yang baik-baik untuk orang itu.

"Saya tidak perlu nak jawab apa-apa. Terpulang kalau orang kata (lelaki dalam) gambar itu adalah saya kerana tiada apa yang hendak disembunyikan.

"Apa yang penting, hanya isteri dan Allah yang tahu kebenarannya," ujar penyanyi dan komposer terkemuka, Faizal Tahir, yang mendakwa menjadi mangsa sabotaj apabila foto bogel lelaki mirip dirinya tersebar baru-baru ini.





Babagimanapun, Faizal, 41, lebih selesa membiarkan warganet menilai sendiri perkara itu.

"Saya sudah berusia 41 tahun. Banyak lagi benda positif yang boleh saya kongsi. Tiada siapa boleh menghukum saya.

"Apa yang penting, gambar itu bukan disebarkan oleh saya. Kalau ada yang berasakan gambar itu adalah saya, nikmatilah ia," tambahnya dipetik sebagai berkata pada BH.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: