05 August 2019

TASHA MANSHAHAR: "COPY ORI DEDI JUGAK AWAK YA, MOMMY REDHO"


Setelah sekian lama, akhirnya penyanyi Tasha Manshahar dan suaminya, penyanyi Raqib Majid telah berkongsi wajah anak sulung mereka yang diberi nama Muammar Rafiqi di laman Instagram masing-masing. Dalam entri yang dimuatnaik Tasha, dia terpaksa akur apabila wajah anak sulungnya itu tak tumpah sama seperti wajah suaminya.





Tasha juga turut memberitahu dia bersyukur kerana dikurniakan zuriat meskipun melalui proses yang agak sukar ketika melahirkannya. Menerusi kemas kini tersebut, Tasha memuatnaik beberapa keping foto anak lelakinya itu.

"Muammar Rafiqi b. Fahrur Raqib, Mommy happy sangat masa dapat tahu awak ada dalam rahim mommy, mommy syukur tak berhenti. 9 bulan mommy bawa awak ke sana sini, naik turun tangga, turun naik bukit. Sakit pinggang, sakit badan, letih. Tapi semua kita buat sama-sama.

Klik untuk gambar besar


"Hari Jumaat 21/6, hari yang Allah tetapkan kita berjumpa. Semua orang excited sangat nak jumpa awak. Doktor belah perut mommy. Peritnya Tuhan je tahu saat bius semakin menghilang. Tapi akhirnya copy ori muka dedi @raqibmajid jugak awak ya. Mommy redho.

"Ya Allah time flies so fast. Nanti tiba-tiba Muammar dah darjah 1, pastu masa darjah 6 Muammar jadi ketua pengawas. Masa UPSR dapat anugerah pelajar cemerlang, pastu masa tu mommy dedi datang pastu masa nama Muammar kena sebut mommy dedi nangis sambil tepuk tangan sebab teringat moment masa Muammar baby pastu amendeeee mommy ni dah habis pantang makin menjadi-jadi drama," demikian tulis Tasha.

Rata-rata pengikutnya berasa lucu dengan kapsyen Tasha dan mereka turut berkongsi pengalaman yang sama. Tasha dan Raqib mendirikan rumah tangga pada 8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang. Pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata pada 21 Jun lalu.












www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Tasha Manshahar & Raqib Majid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: