"Nina dan suami berkahwin pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kedua-dua pihak keluarga. Jadual penggambaran yang padat sehinggakan majlis resepsi itu diadakan pada bulan ini," demikian kata pihak pengurusan MIG Metrowealth yang mengesahkan pelakon Nina Iskandar telah selamat bernikah pada April lalu.

Nina telah selamat bergelar isteri kepada penolong pengarah Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah dan menurut laporan, pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis yang sederhana. Menerusi Instagram Stories miliknya, pelakon drama rantaian 'Andainya Takdir' itu turut memuatnaik sekeping foto sejurus usai majlis resepsinya.
Pasangan merpati dua sejoli ini diraikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras semalam. Majlis itu turut dihadiri oleh rakan artis antaranya Amyra Rosli, Ayda Jebat, Puteri Aishah, Sissy Imann dan Shakilla Khoriri.
Pada 12 Mac lalu, Nina didakwa menjadi punca penceraian seorang penolong pengarah dan menegaskan dakwaan itu sebagai fitnah. Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuduhan tidak berasas itu. Terdahulu, Lan pernah berkahwin dengan seorang pramugari selama sembilan tahun namun bercerai pada Februari lalu.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak & Media Hiburan
________________________

No comments:
Post a Comment