05 August 2019

"HARI KE-15 BERPANTANG... DAH TURUN 8KG, TINGGAL 3KG LAGI" - SARIMAH


Menerusi laman Instagram, pelakon dan pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim telah memuatnaik foto terbaharunya dan mendedahkan berat badan kini sudah pun turun sehingga 8 kilogram (kg) selepas 15 hari berpantang. Sarimah berkata, dia bersyukur kerana tubuhnya kini semakin sihat setelah menjalani proses berpantang dengan bertungku, berurut dan sauna.





"Hari ke 15 berpantang. No filter, tiada makeup bila saya di rumah. Sofia tengah tidur so sempat nak ambil gambar kejap. Setakat ini, bersyukur saya semakin sihat secara perlahan. Urut setiap hari, bertungku dan sauna setiap masa selama 10 minit, sudah cukup. Dah turun 8 kg setakat ini, hanya tinggal 3 kg lagi untuk ke berat sebelum hamil," katanya.

Sementara itu, Sarimah memberitahu dia kini masih menyusukan anaknya dan akan kembali bersenam selepas berpantang: "Masih menyusu badan, ada masa susah untuk memenuhi keperluan Sofia, so kena express banyak-banyak. Jadi perasaannya gembira, menangis, gembira, menangis (normal, hormon lah tu)

Klik untuk gambar besar


"Perut saya dah flat dan lembut. Selepas berpantang akan terus workout like crazy," ujarnya lagi yang menerima komen dimana rata-rata turut memuji Sarimah kerana agak cepat menurunkan berat badannya selepas melahirkan puteri sulungnya pada 17 Julai lalu.

Untuk makluman, Sarimah selamat bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015 dan dikurniakan seorang puteri diberi nama YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sarimah Ibrahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: