05 August 2019

WAJAH PENUH 'KYRO SHAKUR', ANAK AMMAR ALFIAN & ISTERI


Isteri kepada pelakon Ammar Alfian telah berkongsi wajah penuh wajah anak sulungnya, Kyro Shakur menerusi laman Instagram miliknya dengan kapsyen "Hello World! πŸ–€πŸ‘ΆπŸ» #kyroshakur". Foto tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji wajah anaknya kacak walaupun masih bayi.





Malah tidak kurang juga yang menyamakan wajah Kyro tak tumpah seperti bapanya: "Hello handsome boy!" komen rata-rata pengikutnya - "Soo cute..." puji pengikutnya. - "Sebijik muka Ammar Alfian," komen pengikutnya - "Muka bapa dia," kata pengikut lain.

Untuk makluman, Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016. Sebelum ini kisah pergolakan mahligai bahagia pasangan itu mula menjadi buah mulut ramai apabila Nelissa mendedahkan dicurangi Ammar ketika sedang hamil enam bulan.

Namun, pasangan itu masih belum bercerai namun mengesahkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mei lalu. Baru-baru ini Ammar menerusi media sosialnya cuba memujuk kembali Nelissa namun wanita itu kembali membongkar sikap curang Ammar ketika berada di Barcelona, Sepanyol minggu lalu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, nstagram Nelissa Nezam & Ammar Alfian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: