11 August 2019

TIADA NIAT BULI HAN-BYUL - KUCAIMARS AKUI LEMAH BAHASA INGGERIS


"Mungkin penonton salah faham dengan situasi itu. Kalau dekat luar, saya dan Han-Byul... memang kami bercakap macam tu. Saya selalu cakap Bahasa Melayu dekat dia. Kemudian baru saya akan terangkan balik dekat dia. Pada masa sama, buat isyarat badan. Kemudian dia akan faham apa yang saya nak sampaikan.





"Tetapi apabila saya buat begitu di set MeleTOP, orang anggap lain pula. Mereka ingat saya nak buli dia sebab tak tahu Bahasa Melayu," kata penyanyi Kucaimars yang menafikan dia bersikap biadap terhadap peserta dari Korea Selatan iaitu Jang Han-Byul gara-gara bertutur dalam Bahasa Melayu menerusi sebuah program hiburan pada Rabu lalu.

Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani, 22, berkata, apa yang disaksikan penonton menerusi rancangan itu merupakan cara sebenar dia berkomunikasi dengan Han-Byul sejak mereka menyertai Big Stage musim kedua.

Klik untuk gambar besar


Mengakui lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris, Kucaimars menjelaskan dia tiada niat untuk membuli Han-Byul sebaliknya menganggap ia situasi yang sengaja diperbesarkan netizen: "Asalnya netizen anggap ia perkara lucu sahaja. Tetapi bila ia menjadi viral dan sudah ramai yang tengok, mereka mula cari kesalahan pula.

"Bagi saya ia perkara biasa sahaja. Tiada yang serius. Saya bukan nak buli dia. Kalau saya speaking nanti lagilah macam-macam benda mencarut yang keluar. Saya akui, saya memang lemah untuk bercakap Bahasa Inggeris. Takut nanti dia lagi tak faham. Jadi lebih baik saya cakap Bahasa Melayu tetapi untuk menggunakan isyarat tangan," ujarnya.



Dalam pada itu, penyanyi muda yang juga peserta program realiti Big Stage musim kedua ini menjelaskan dia akan lebih berhati-hati dan menjaga dalam tutur kata. Hubungan kami sehingga hari ini ok sahaja... tiada apa-apa pun. Selepas ini mungkin saya akan lebih berhati-hati. Kalau mereka suruh saya bercakap dengan han-Byul, saya tak mahu bercakap dah... merajuk!" selorohnya.

Selain Kucaimars dan Han-Byul beberapa peserta Big Stage lain seperti Irfan Harris, Santesh dan Adzrin turut dijemput menghadiri program MeleTOP bagi mempromosikan rancangan itu. Bagaimanapun, tindakan Kucaimars yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi dengan peserta dari Korea Selatan itu dipersoalkan netizen di media sosial.

Situasi itu menimbulkan rasa kurang senang peminat kerana Han-Byul kelihatan terpinga-pinga untuk memahami perbualannya dengan Kucaimars. Big Stage merupakan pertandingan nyanyian yang bersiaran selama lapan minggu, menggabungkan penyanyi muda popular atau 'budak baru nak up' (BBNU) yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea Selatan.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram MeleTOP


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: