11 August 2019

TERIMA KECAMAN - FIRMAN NAFI KELUAR KENYATAAN HADIAH BERLIAN PALSU


Gara-gara kenyataan sebelum ini berhubung keraguannya terhadap ketulenan berlian pemberian usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida itu telah membuatkan penyanyi Indonesia Firman Siagan akhirnya memakan diri. Firman dikecam teruk oleh netizen selepas dia sendiri melakukan pemeriksaan di sebuah kedai barangan kemas di Kuala Lumpur pada Khamis lalu dan ujian mendapati berlian berkenaan adalah tulen.





Namun Firman, 41, menafikan pernah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa subang berlian yang diterima sebagai hadiah tempat kelima program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang berlangsung pada Disember 2017 adalah palsu.

"MasyaAllah saudaraku... cuba anda periksa betul-betul sebelum bercakap. saya tak pernah beri kenyataan hadiah berlian saya ini palsu. Saya cakap kalau Aishah sebagai juara pun dapat hadiah palsu, apatah lagi saya," tulis Firman yang berkata demikian di ruangan komen pada posting di akaun Instagram mStar berhubung isu berkenaan.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, penyanyi lagu 'Rindu Serindu Rindunya' itu berkata, sikap Vida yang tidak mengendahkan pertanyaannya di aplikasi Whatsapp berhubung ketulenan subang berlian berkenaan menyebabkan dia menggunakan saluran media untuk bersuara.

"Malah sebelum saya berkata demikian kepada media Malaysia pun, saya terlebih dahulu Whatsapp Datuk Seri Vida. Tapi beliau tidak hiraukan saya, maka saya hubungi media. Selepas berita itu keluar barulah beliau balas Whatsapp saya semula dan saya kemudian pergi periksa ketulenan berlian itu di Malaysia," jelas Firman yang mempertahankan tindakannya.

Firman sebelum itu dikecam netizen kerana dikatakan terburu-buru menghebahkan mengenai kebimbangannya berhubung status brlian yang diterima sebelum membuat pemeriksaan: "Tamak punya fasal. Orang dah beri, tapi tak bersyukur. Lebih baik semak dulu sebelum buat kenyataan, nanti kena saman sia-sia saja," kata beberapa netizen di posting Instagram mStar.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Firman Siagan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: