"Alhamdulillah, kami selamat. Buat masa ini, kami berehat di hotel sambil menunggu pengumuman terbaru mengenai penerbangan pulang. Kalau tengok keadaan cuaca hari ni, semuanya nampak semakin baik. Kami hanya menunggu penjadualan semula penerbangan, mungkin mengambil masa sebab masih ramai penumpang terkandas.

"Kami mungkin akan beli tiket baharu dan pilih syarikat penerbangan yang masih kosong," demikian jelas pengurus pelakon Mira Filzah, Farha Muzakir yang berkata mereka masih berusaha mendapatkan tiket penerbangan pulang selepas hampir semua pesawat ke Kuala Lumpur, penuh.
Mira Filzah yang sepatutnya pulang ke tanah air pagi tadi tetapi masih terkandas di Shanghai, China berikutan pembatalan penerbangan akibat Taufan Lekima. Pelakon filem 'Sangkar' itu 'terbang' ke Shanghai, Khamis lalu, untuk menghadiri pelancaran produk terbaru jenama kecantikan popular.
Mira sepatutnya menaiki penerbangan pulang malam semalam dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi hari ini sebelum bertolak ke kampungnya di Ipoh, Perak. Dalam perkongsiannya, calon awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini menyebut berniat membuat ibadat korban, tahun ini: "Kalau diikutkan jadual, kami sempat sampai ke Ipoh tengah hari ini (tadi) tetapi perancangan Allah itu sebaik-baiknya," kata Mira.
Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Mira Filzah
________________________

No comments:
Post a Comment