11 August 2019

BERTUDUNG BAWAL - SITI NURHALIZA DIPUJI CANTIK MACAM 'ANAK DARA'


Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik foto menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga. Namun apa yang mendapat perhatian netizen adalah penampilan penyanyi lagu 'Anta Permana' itu memilih mengenakan tudung bawal yang jarang digayakan olehnya.





Rata-rata memuji wajah Siti yang kelihatan seperti anak dara walaupun sudah berkahwin serta mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah. Seperti semua sedia maklum, Siti yang sudah memasuki usia 40 tahun sememangnya sentiasa menjaga penampilan diri.

Siti dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K bernikah pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac lalu selepas pasangan itu menanti 11 tahun untuk menimang cahaya mata.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Siti Nurhaliza


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: