11 August 2019

AIN EDRUCE NAFI DIRINYA SELEBRITI YANG MINTA TAJAAN


Pelakon dan pengacara Ain Edruce, 28, menafikan dirinya selebriti wanita yang didakwa meminta tajaan bulan madu berserta duit bayar jurusolek seperti hangat diperkatakan sebelum ini. Ain menegaskan, dia bukan individu dimaksudkan kerana selebriti wanita yang diperkatakan itu sudah bernikah.





"Kalau dapat penaja, Alhamdulillah. Bagaimanapun, saya tidak meletakkan harapan kerana lebih suka menguruskan sendiri persiapan perkahwinan. Biarlah merasa sendiri kesusahan nak bernikah. Saya ada terbaca juga gosip itu dan memang tak terasa langsung kerana selebriti wanita dimaksudkan sama sekali bukan saya.

"Apapun, rasanya tidak wajar juga membuat permintaan berlebihan kepada penaja kerana pakej bulan madu yang sedia ditaja itu sudah tinggi. Jadi, apalah sangat dengan wang bayaran jurusolek itu. Kalau tak ada bajet, boleh sahaja solek sendiri. Saya pun selalu solek sendiri," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Enggan terbabit dengan sebarang cerita sensasi, Ain berkata, dia selesa berusaha dengan bekerja keras mengumpul wang: "Alhamdulillah, sekarang rezeki datang mencurah-curah. Makin dekat tarikh pernikahan, saya masih sibuk dengan aktiviti pengacaraan. Sukar untuk saya menolak tawaran yang datang kerana itu adalah rezeki. Apa pun, saya syukur tunang dan keluarga sangat memahami".

Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce berkata, kesibukan bekerja juga menyebabkan dia kurang masa untuk bertemu tunang tercinta, Amirul Hafiz, 26, yang juga ahli perniagaan dan pelumba kereta: "Saya bersyukur kami tidak berhadapan dugaan hebat pertunangan.

"Mungkin juga kerana kami sibuk dengan kerja masing-masing. Saya dan tunang lebih banyak menghabiskan masa berbual di telefon berbanding berjumpa. Jadi, situasi itu adalah terbaik buat kami," katanya yang bertunang dengan Amirul Hafiz pada 22 Jun lalu dengan disaksikan keluarga dan kenalan rapat.




www.myartis.com / Sumber & foto: harian Metro & Instagram Aim Edruce


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: