27 September 2019

23 MINGGU - ABBY SELAMAT LAHIRKAN BAYI LELAKI BERAT 535 GRAM


"Alhamdulillah, kedua-dua mereka selamat. Tetapi bayi kami masih dalam pemantauan doktor dan diletakkan di wad NICU (wad penjagaan intensif untuk bayi) kerana lahir tak ukup bulan. Berat hanya 535 gram sahaja," demikian kata suami kepada pelakon Abby Abby, Faizal Zakaria atau Jai Ezzany, 45, yang memberitahu isteri dan anak sulung mereka yang dilahirkan seberat 535 gram itu berada dalam keadaan selamat.





Selepas melalui pelbagai dugaan dalam tempoh kehamilan, Abby akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira 10.45 pagi hari ini (Jumaat) di Hospital Sungai Buloh, Selangor secara pembedahan. Sebelum ini, Jai memaklumkan Abby terpaksa dibedah bagi mengeluarkan bayi demi menyelamatkan nyawa kedua-dua mereka selepas aktres itu mengalami tanda-tanda untuk bersalin.

"Tekanan darah Abby dah semakin baik semalam dan doktor beritahu dia mungkin boleh keluar hari ini. Tiba-tiba tengah malam tadi tekanan darah dia naik sampai 190 dan pagi ini dia bleeding.. doktor beritahu ada bukaan dan berlaku contraction. Apabila darah dah terlalu banyak, doktor tak boleh nak tunggu, terpaksa masuk ke bilik pembedahan. Kandungan baru sahaj 23 minggu tapi terpaksa dikeluarkan untuk selamatkan mereka," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Pelakon drama bersiri 'Gerak Khas' itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada Ahad malam selepas mengalami tekanan darah tinggi. Pada 2017 pernah mendedahkan dia mengalami keguguran ketika kandungannya lima bulan.

Untuk makluman, Abby dan Jai berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia yang dijaga tahun lalu. Abby juga mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16; Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil perkahwinannya yang terdahulu dengan pelakon Norman Hakim.




www.myartis.com / Sumber& foto: mStar & Instagram Abby Abadi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: