27 September 2019

ANAK KEDUA AKAN DIBEDAH - ALI PUTEH TAK SANGGUP, TERPAKSA TEMPUH


Akui berdebar menanti hari pembedahan jantung anak keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang dijangka berlangsung tiga minggu lagi, pelawak Ali Puteh ketika dihubungi berkata, dia berharap agar semuanya berjalan dengan lancar, walaupun perasaannya ketika ini bercampur baur.





"Perasaan saya ketika ini gementar dan saya sendri tidak dapat nak luahkan bagaimana rasa itu. Risau pun ya juga. Apapun, saya harap semua dapat doakan anak saya kuat dan pembedahan berjalan lancar nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Ali turut berkongsi mengenai perkara tersebut di laman sosial Facebook dan Instagramnya malam tadi (Khamis): "Alhamdulillah semalam (Rabu) selesai". Doktor bagitahu dalam tiga minggu lagi adik akan menjalani operation yang amat-amat besar.

"Doakan adik kuat. Walid dan ibu sentiasa ada untuk adik...Tak sanggup, tapi terpaksa tempuh dugaan yang amat-amat berat ini. Doakan anak saya kuat," tulisnya yang mengesahkan puteri keduanya, Ainul Mardhiah mempunyai masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang pada Ogos lalu.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: