27 September 2019

ZARINA ANJOULIE: HIS GOT MY NAME ON HIS CHEST, YES HIS MINE"


Isu kontroversi buka tudung dan tayang payudara belum lagi reda tetapi nampaknya nama pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi menjadi bualan ramai dan hangat diperkatakan apabila berkongsikan gambarnya dengan 'kekasih baru' pula. Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki berkenaan mempunyai ukiran tatu beberapa nama di dadanya dan turut kelihatan nama Zarina. Menurut beberapa sumber, lelaki berkenaan merupakan seorang duda.





Difahamkan, salah satu nama di dadanya kelihatan seperti dipotong adalah nama bekas isterinya, manakala Mason dan Camilla adalah nama anak-anaknya. Mungkin sebagai bukti cinta dan simbolik agar kehangatan asmara yang terjalin antara mereka kekal abadi. Cewah!

Apa pun, jelas terpancar di wajah Zarina betapa bahagianya dia dilamun cinta. Kami doakan semoga yang dibina berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Untuk rekod, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun rumah tangganya itu menemui titik noktah pada Disember 2016.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Forum CARI & Instagram Zarina Anjoulie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: