23 September 2019

"23 MINGGU... MAMA DAH TAK KUAT" - TEKANAN DARAH ABBY TINGGI, DIPANTAU 24 JAM


"Doakan Mama selalu dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH SWT ye. Mama kena masuk ward malam ni sebab darah terlampau tinggi. Kandungan baru 23 minggu tapi Mama dah tak kuat ni. Mohon doa kalian ye. Doakan Mama & Baby panjang umur dan selamat dunia akhirat ye," demikian kata pelakon Abby yang telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan selepas mengalami tekanan darah tinggi.





Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, dia berasa bimbang dengan keadaan kandungannya yang kini baru mencecah 23 minggu. Pelakon drama bersiri 'Gerak Khas' itu memberitahu perkara tersebut dan memuatnaik foto tiga orang anak kandungannya termasuk dua anak angkat menerusi laman Instagram miliknya.

Selain peminat, rakan selebriti seperti Azza Elite, Datin Rebecca Nur Al-Islam, Linda Rafar dan Mila Jirin turut mendoakan agar Abby cepat sembuh. Teka-teki mengenai Abby sedang berbadan dua terjawab apabila suami Abby, Faizal Zakaria atau lebih dikenali Jai Ezzany, 45, berkongsi berita gembira itu pada Jun lalu.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun menurut Jai, kandungan Abby ketika itu mengalami sedikit masalah namun bersyukur semuanya dalam keadaan baik. Dalam pada itu menerusi Instagram, Jai memberitahu isterinya kini masih dalam pemantauan selama 24 jam memandangkan keadaan masih belum stabil.

"Jangan risau My Love Abby Abadi, Allah akan permudahkan segala-galanya. Saya ada je kat luar ni... Rehat ya... jgn fikir apa2.... nak sayang & baby sihat.. Pemantauan 24 jam untuk tekanan darah... Maaf Sayang Abby Abadi, saya tak kuat... Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk sayang dan baby. Dunia akhirat," tulisnya.

Pada 2017, Abby pernah mendedahkan dia mengalami keguguran ketika kandungannya lima bulan. Untuk makluman, Abby dan Jai berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayanan Fathia yang dijaga sejak tahun lalu. Abby juga mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16; Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Norman Hakim.












www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Media Hiburan, Instagram Abby Abadi & Jai Ezzany


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: