23 September 2019

DINDA PERMATA DEDAH ADA TONSIL, DOKTOR SURUH SEGERA DIBEDAH


"Alhamdulilah masih ada rezeki saya untuk diberi kesempatan berada di dalam pertandingan ini. Jujur saya katakan, dengan keadaan saya yang tidak berapa sihat minggu ini saya sebenarnya sudah reda jika diumumkan tersingkir. Sebenarnya saya sudah mengeluarkan suara sehabis mungkin pada persembahan minggu ini tapi nampaknya ia tidak cukup memuaskan.





"Namun ternyata rezeki masih berpihak pada saya untuk kekal berada di Big Stage 2019," demikian kata penyanyi Indonesia, Dinda Permata yang mengakui bersyukur kerana terselamat buat kali kedua dari tersingkir di Big Stage 2019 dan berkata dia tidak menyangka perjalanannya di Big Stage 2019 pergi sejauh ini.

Dinda diselamatkan daripada tersingkir oleh juri Judika yang membuat keputusan menggunakan imunutinya buat penyanyi indonesia itu pada minggu keenam. Terdahulu Dinda pernah terselamat daripada penyingkiran selepas salah seorang peserta penyanyi Brunei, Aziz Harun menarik diri dari Big Stage 2019.

Pun begitu, Dinda mendedahkan kebimbangan keadaannya kini yang menghidap penyakit tonsil sehingga menggangu persembahan di konsert keenam malam tadi: "Saya menghidap penyakit tonsil sejak kurang setahun yang lalu dan doktor pernah menasihatkan saya untuk melakukan pembedahan namun ketika itu saya takut untuk melakukannya kerana bimbang menggangu kerjaya saya sebagai penyanyi.

Klik untuk gambar besar


"Kini keadaan saya semakin teruk, malah selepas konsert minggu lalu suara saya juga sudah tiada. Pada mulanya saya fikir saya hanya sakit tekak biasa tapi setelah melakukan pemeriksaan doktor mengesahkan tonsil saya semakin teruk dan saya perlu melakukan pembedahan segera. Disebabkan saya masih dalam pertandingan, doktor hanya memberi ubat untuk saya bertahan sehingga urusan saya di Big Stage 2019 selesai," jelasnya.

Pada konsert malam semalam, Dinda membawakan lagu 'Anta Permana' yang dipopularkan oleh penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza serta sebuah lagu battle bersama Santesh iaitu 'Lagu Untukmu' dari kumpulan Meet Uncle Hussain.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: