23 September 2019

AC MIZAL GELAR 'USED CAR' - ELLY MAZLEIN MINTA NETIZEN CHILL


Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 yang berlangsung malam semalam itu telah melabuhkan tirainya namun masih tidak habis lagi dengan acara tersebut apabila ramai berpendapat gurauan kasar Datuk AC Mizal melabelkan rakan pengacara, Elly Mazlein 'used car' sebagai keterlaluan.





Situasi semalam yang memaparkan AC bergurau dengan menggelarkan Elly sebagai kereta terpakai dan kemudian bertepuk tangan bersama Zizan Razak disebelah menimbulkan rasa kurang senang netizen. Ramai beranggapan AC tidak sepatutnya menyamakan wanita dengan objek dan menjadikan ia bahan jenaka. Kritik mereka, gelaran 'kereta terpakai' itu sekaligus memalukan Elly apalagi acara terbabit disiarkan secara langsung.

Bagaimanapun Elly menerusi laman Instagram, memuatnaik semula sedutan rakaman berkenaan berserta nasihat buat netizen agar tidak mengambil serius tentang gurauan rakan pengacaranya semalam di ABPBH32: "Jgn sensitive sgt.. kite chill chill sejuk sejuk ya. #ABPBH32," tulisnya. Dalam pada itu netizen sempat memuji bakat Elly yang bersahaja biarpun kali pertama mengacara acara besar seperti semalam. Apapun berpada-pada dalam berjenaka agar tidak mengusik mana-mana sensitiviti.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Rotikaya & Instagram Elly Mazlein & @emyliadac


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: