23 September 2019

KAKA AZRAFF UMUM JANTINA ANAK SULUNG, BIRU TANDA LELAKI


Baru-baru ini, penyanyi Kaka Azraff bersama suaminya, Adam Azriff telah membuat kejutan buat peminat apabila mengumumkan jantina anak dalam kandungannya kini berusia lapan bulan. Menerusi perkongsian InstaStory rakannya, Alicia Amin yang juga merupakan seorang model, Kaka dan suaminya telah meraikan majlis baby shower di sebuah kafe di Subang pada malam Ahad.





Menerusi video tersebut, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff ini mula 'memecahkan' belon berbentuk berlian, lalu cebisan kertas biru jatuh bertaburan. Sekali gus, ia mendapat sorakan orang ramai sebaik sahaja Kaka mengumumkan jantina anaknya.

Untuk pengetahuan, warna biru adalah simbolik bayi lelaki, manakala warna merah jambu pula simbolik bayi perempuan. Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Bukan Hal Aku' ini juga bersyukur kerana dikurniakan dua orang ibu yang penyayang (ibu kandung dan ibu mertua).

"Ma QUEENS. My marriage gave me more than a husband ; It gave me a second mom thank you for everything Mummy!" tulis Kaka yang mendirikan rumah tangga dengan Adam pada Disember tahun lalu dan kini menanti detik kelahiran cahaya mata sulung.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media hiburan, Instagram Kaka Azraff & Alicia Amin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: