23 September 2019

FATHIA DOAKAN TERBAIK & BERHARAP ZARINA ANJOULIE GEMBIRA


Berhubung sahabatnya, pelakon Zarina Anjoulie yang secara rasmi membuka tudung minggu lalu, pelakon Fathia Latiff ketika ditemui memberitahu dia tidak berani memberikan sebarang komen lanjut berhubung keputusan Zarina sebaliknya mendoakan yang terbaik dan berharap rakannya itu tenang dan bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya.





"Saya tak berani komen sebab ini kehidupan dia. Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya kerana kita tidak tahu apa yang sedang dia hadapi. Apapun, saya harap dia tidak bersedih sebaliknya gembira dengan kehidupan barunya," kata pelakon drama 'Ariana Rose' itu.

Menurut Fathia, dia sudah lama tidak menghubungi rakannya itu: "Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia. Ada sekali saya cuba menghubunginya tetapi dia tidak jawab panggilan. Jadi, biarlah saya fokus dengan kerjaya nyanyian apabila bakal tampil dengan single berjudul 'Jika Aku Tahu' yang bakal dilancarkan pada 27 September ini. Saya juga berharap single ini dapat beri sinar baru seterusnya karier seni saya terus berkembang maju," katanya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Fathia Latiff & Zarina Anjoulie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: