24 September 2019

IDAYU AF: "TOLAK TEPI SOAL PERNAMPILAN... PENTING NYANYIAN SAYA"


Mengenai kritikan netizen terhadap busana yang dipakai pada persembahan penutup Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke32 (ABPBH32) semalam, penyanyi Idayu atau nama penuhnya Nur Farah Idayu Yaakob, 34, berkata, dia tidak menyalahkan pereka baju itu sebaliknya menghormati karya rekaan Seth & Luna itu: "Nak kata baju saya macam selimut atau 'red carpet', katalah. Apa yang penting penyampaian saya sampai hingga ada yang menangis,".





Malah, Idayu menyifatkan rekaan itu bertepatan dengan tema ABPBH 32 iaitu Melangkaui Sempadan: "Saya hormat karya pereka fesyen. Kalau tanya pendapat saya, tidak ada salahnya baju itu kerana ia ikut tema. Saya tak boleh kata ia tidak kena gaya atau tak sepatutnya pakai macam itu.

"Sejujurnya, saya okay dan ikut saja. Kita tidak tahu sudut pandang pereka. Dia nampak saya boleh bawa rekaan itu. Tak nampak pun benci atau tidak suka pada baju itu. Bagi saya, tolak tepi soal penampilan semalam kerana apa yang penting nyanyian saya sampai dan sudah buat persembahan terbaik," katanya.

Idayu berkata, dia yakin dengan rekaan itu untuk dipakai dalam persembahan semalam: "Saya jenis yang yakin. Bukan satu masalah pun. Malah, saya suka solekan sentuhan Fiqqi Abdullah dan dandanan rambut Hamidi Jamili. Ia membuatkan saya lain daripada sebelumnya.

"Saya sendiri pun tak pernah nak komen baju penyanyi lain. Saya tetap nak tengok persembahan mereka. Itu yang lebih penting. Tak apalah, kebanyakan orang kita memang begitu. Semua benda nak komen dan kritik. Baik atau buruk, ada sahaja tak kena," ujarnya.

Selain itu, Idayu turut memaklumkan persembahannya bersama Liza Hanim dan Ernie Zakri berdepan masalah teknikal: "Orang hanya tahu mengata sahaja. Mereka tidak tahu apa yang kami lalui apabila ‘ear monitor’ kami bermasalah. Namun, kami teruskan juga persembahan.

"Pokok pangkalnya, sebagai penghibur kena bersedia dengan apa sahaja masalah yang berlaku. Kami pun tak minta masalah ini. Juruaudio pun sama. Kami sudah buat latihan banyak kali. Perkara itu di luar bidang kawalan kami. Jadi, sebagai penyanyi kena bersedia sedia," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Idayu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: