24 September 2019

TROFI ABPBH32 DIHANTAR MELALUI POS - WAKIL ARMY MOHON MAAF 'OVER'


"Pada awalnya saya hanya datang sebagai penyokong, sehinggalah BTS diumumkan sebagai pemenang dan wakil Berita Harian minta untuk saya naik ke pentas menerima trofi. Memang saya tak buat apa-apa persiapan, baik ucapan mahupun pakaian. Mungkin kerana terlalu teruja sampaikan nampak macam 'over' pula. Iyalah, siapa yang tak excited apabila penyanyi kesayangan menang sesuatu anugerah.





"Saya sedar ramai yang kecam di laman sosial, jadi sebagai manusia biasa saya nak memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berasa kurang senang dengan apa yang saya lakukan," demikian kata wakil kelab peminat kumpulan KPOP BTS yang digelar ARMY Malaysia, Mastura Jamil.

Baru-baru ini, aksi teruja kelab peminat BTS semasa menerima trofi kemenangan di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32) mengundang rasa kurang senang segelintir pihak. Ada yang melabelkan wakil kelab peminat itu terlalu 'over' sehingga memburukkan nama peminat-peminat BTS yang lain. Menurut Mastura, dia mengakui kesilapannya yang tidak melakukan sebarang persiapan untuk mewakili kumpulan tersebut.

Pada Ahad lalu, kumpula BTS memenangi kategori Artis Korea Popular di ABPBH32 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Edisi kali ini, pelakon Mira Filzah diangkat sebagai Bintang Paling Popular. Sementara itu, Mastura berkata dia tidak kisah dengan kritikan netizen dan segelintir penyokong BTS yang mempersendakan penampilannya di pentas tersebut. Baginya, setiap orang mempunyai pendapat peribadi dan dia tidak berkecil hati dengan apa jua komen yang dilemparkan mereka.

Klik untuk gambar besar


"Lantaklah orang nak kata apa pun, niat saya pada waktu itu hanya naik atas pentas untuk ambil trofi bagi pihak BTS. Ada juga ahli ARMY yang lain tanya kenapa saya tak bersiap sedia dengan ucapan dan pakaian sebagainya... saya terangkan semula saya datang sebagai penyokong dan tak sangka akan jadi wakil untuk naik pentas. Biarlah orang nak troll sekalipun yang penting kami semua enjoy di sana dan datang untuk sokong BTS," ujarnya yang mula mengenali kumpulan KPOP popular ini melalui anaknya.

Dalam pada itu, Mastura turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya penganjur Berita Harian menumpang populariti BTS dalam anugerah yang dianjurkan mereka. Secara peribadi, wanita berusia 50 tahun ini berpendapat muzik adalah universal dan tidak salah ahkbar tersebut membenarkan penyetaan penyanyi dari negara luar.

"Setiap orang mungkin ada pandangan tersendiri, tapi bagi saya tak salah BH menyertakan kategori penyanyi luar kerana muzik ini luas: Kalau kita lihat, stesen radion pun ada carta lagu membabitkan penyanyi KPOP yang mana peminat perlu mengundi bagi memastikan penyanyi kesayangan penyanyi kesayangan mereka kekal. Jadi sama sahaja seperti ABPBH, mereka mengikut perkembangan semasa dan tiada istilah menumpang populariti mana-mana pihak. Itu pandangan sayalah!" tutur Mastura.

Ditanya mengenai trofi kemenangan tersebut, Mastura memberitahu dia sudah berbincang dengan beberapa pengenali ARMY Malaysia untuk menghantar hadiah kemenangan tersebut ke Korea Selatan. Trofi tersebut akan diserahkan kepada pengurusan BTS iaitu BTS iaitu Big Hit Entertaiment menggunakan pos dalam masa terdekat.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: