24 September 2019

DIKATA 'ORANG TUA SAKAI': "BERHADAPAN AND SAY THIS TO MY FACE..." - AISHAH


"Here comes the haters,orang up komen2 peminat dlm story pun dipanggil 'orang tua sakai guna Instagram' hahahaha hadoiii tak ada kerja lain ke? Kalau berani @sisturg you berhadapan dgn I and say this to my face boleh??? Itu kalau you beranilah, tak kecut lontar batu sembunyi tangan di belakang gambar hodoh tu... malangnya hati you yg lebih hodoh.





"IG I, suka hati I lah, I upkan semua mentions tu sebagai apresiasi kepada followers I, bukti yg I baca setiap komen mereka. Orang mcm ni baik kita buat report je supaya troopers berbayar ni kena tutup saja account dia. Go get a life please," tulis penyanyi Aishah.

Keterujaan pelantun lagu Janji Manismu itu berkongsi momen di acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-32 (ABPBH32) tidak disenangi seorang pengguna Instagram apabila diherdik sebagai 'orang tua sakai guna Insta'.

Klik untuk gambar besar


Aishah atau nama penuhnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 54, bagaimanapun membalas 'serangan' netizen berkenaan melalui satu perkongsian status di laman Instagram. Tambah juara Gegar Vaganza musim 4 itu, dia berhak untuk berkongsi apa sahaja melalui akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, Aishah melakukan persembahan bertenaga pada malam kemuncak ABPBH32 mendendangkan lagu popularnya, Kemaafan Dendam Yang Terindah dan Kau Pergi Tanpa Pesan. Rata-rata peminat memuji kemampuan vokal penyanyi ini yang masih hebat mendendangkan lagu tersebut dengan original key (nota asal) seperti versi rakaman rakaman studio.






www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Aishah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: