24 September 2019

KERAJAAN TUKAR, 4 BULAN TIADA JOB - NABIL CUBA NASIB BERNIAGA


"Sejujurnya sejak tukar kerajaan saya akui memang perjalanan kerjaya sedikit terjejas. Permulaan tahun 2019 sukar untuk saya sekeluarga. Empat bulan saya duduk rumah, tak ada job sebab semua job yang saya dah lock tahun lalu dibatalkan atas faktor tertentu. Kebanyakan tawaran yang saya terima melibatkan majlis atau acara kerajaan terdahulu.





"Jadi sepanjang empat bulan itu saya hanya bergantung pada bayaran jadi penyampai radio dan pengacara MeleTOP. Ketika itu memang saya hanya kerja hari Selasa saja, pagi di radio manakala malam di MeleTOP pula. Alhamdulillah karier seni saya dah okey dan berjalan seperti biasa.

"Sebab itulah saya kena cari jalan untuk melabur duit," jelas pelawak dan pengacara Nabil Ahmad yang mengakui tahun 2019 merupakan tahun yang sukar buatnya dan mendedahkan selama empat bulan beliau terpaksa duduk dirumah sahaja kerana tidak mendapat tawaran kerja selepas pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei tahun lalu.

Disebabkan kerjaya seninya yang kini terjejas dengan teruk, Nabil mula mencuba nasib dalam bidang perniagaan vape (rokok elektronik) kerana melihat peluang untuk melaburkan duit. Produk berkenaan dinamakan LUPK Vaporboy dan baru saja dilancarkan. Nabil merancang untuk menumpukan perhatian terhadap bidang perniagaan sepanjang tahun depan selepas kebanyakan projek berkaitan bidang seninya dibatalkan sepanjang tahun ini.

Klik untuk gambar besar


Menurut Nabil atau nama penuhnya, Ahmad Nabil Ahmad, 36, dia pernah tidak mendapat sebarang tawaran kerja selama empat bulan dan hanya bergantung hidup dengan hasil daripada menjadi pengacara untuk program MeleTOP dan juruhebah stesen radio Era.

"Setiap tahun jadual seni saya padat termasuk ketika hujung minggu ada sahaja tawaran kerja. Begitu juga tawaran kerja pada tahun 2019 amat padat. Bagaimanapun, selepas pertukaran kerajaan, satu per satu tawaran tersebut terbatal. Kesannya saya hilang punca pendapatan. Saya pernah duduk di rumah empat bulan tanpa sebarang tawaran," ujarnya.

Jelas pelakon filem 'Lu Pikir Sendiri De Movie' itu, sepanjang 10 tahun penglibatannya dalam dunia seni, situasi yang dilalui sekitar tahun ini merupakan pengalaman terburuk dalam kerjayanya: "Saya sedar saya tidak boleh bergantung dengan kerja sebagai pengacara. Sehubungan itu, saya ingin fokus terhadap perniagaan pada tahun depan," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: