24 September 2019

ISU 'FLAVOUR' VAPE - SHUIB KATA ARTIS TAK SEHARUSNYA DISALAHKAN


Umum sedia maklum mengenai pasaran vape atau rokok elektronik yang sememangnya tengah laris di pasaran. Siapa sahaja yang menghisap vape akan nampak lebih 'cool' mengikuti trend terkini. Malah, ada beberapa artis tempatan juga tidak melepaskan peluang menjana pendapatan dengan mengeluarkan produk cecair perisa (flavour) mereka sendiri atau menjadi duta untuk produk vape yang lain.





Seringkali juga selebriti dikatakan menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat khususnya anak muda. Berbicara mengenai isu tersebut, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berkata tidak seharusnya artis sering dipersalahkan. Kata Shuib, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti anak masing-masing.

"Kalau kita nak bercerita tentang penggunaan rokok elektronik ni, sebenarnya tiada beza dengan situasi tabiat merokok oleh individu bawah umur sejak sekian lama, mereka tetap akan meneruskan tabiat tersebut jika tiada pemantauan daripada ibu bapa.

Klik untuk gambar besar


"Cuma situasi yang sedang kecoh kini ialah selebriti digunakan sebagai duta untuk membuat promosi cecair rokok elektronik. Kesalahan cuba diletakkan di bahu kami walaupun larangan kepada individu bawah umur sudah jelas," kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 35.

Apa pun, memang larangan kepada mereka yang dibawah umur sudah dijelaskan, tetapi secara logiknya bukan semua yang akan patuh. Pengaruh artis begitu besar terhadap masyarakat dan sedikit sebanyak pasti peminat mahu nampak 'style' seperti artis pujaan mereka, apa yang dilakukan pasti akan menjadi ikutan. Apa pula pendapat anda mengenai isu ini?


www.myartis.com / Sumber: mStar & Public Health Malaysia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: