13 September 2019

5 FOTO - PEREKA FESYEN, RIZMAN KINI BERGELAR SUAMI


Tahniah kami ucapkan kepada pereka terkenal jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin yang telah selamat diijabkabul bersama wanita pilihannya, Nurida Suraya dengan sekali lafaz hari ini. Perkara tersebut dikongsikan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga merupakan sahabat kepada pereka fesyen popular itu menerusi laman Instagram.





"Alhamdullillah.. subhanallah.. .. Tahniah buat sahabatku.. @rizman.n @nuridasuraya. Pasangan pengantin sudah saya kenali lebih 10 tahun.. Baby @nuridasuraya dah seperti keluarga & @rizman.n dah macam adik sendiri.. Alhamdullillah, keduanya disatukan di hari yang Indah ini.. Semoga bahagia hingga ke jannah.. Layari rumahtangga dengan keimanan, sabar & kasih sayang tak berbelah bahagi ye..," tulis Siti.

Tampil sedondon mengenakan persalinan polos putih nan suci, pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan majlis nikah di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur awal pagi tadi. Dihadiri ahli keluarga kedua mempelai, majlis nikah tersebut turut diraikan teman rapat dan rakan selebriti jemputan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: