13 September 2019

"DIASAK BUKA PURDAH, MEREKA KATA TAK LAYAK PAKAI..." - HANA AZRAA


"Sebenarnya saya jadi terganggu apabila diasak orang luar yang hari-hari minta saya buka purdah, mereka kata saya tak layak pakai. Tapi sejujurnya walaupun purdah itu bukan satu kewajipan dalam Islam tapi saya memang betul-betul ikhlas memakainya," demikian ujar isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa.





Hana menjadi perhatian ramai apabila tidak lagi mengenakan purdah. Susulan itu, ramai netizen mempersoalkan keikhlasannya sebelum ini. Bagaimanapun, Hana Azraaa berkata kecaman netizen terhadap dirinya membuatkan dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berniqab. Malah, netizen turut mengatakan bahawa dia tidak layak untuk berpurdah.

Dalam pada itu, Hana mengakui dia masih dalam proses belajar dalam bab tersebut. Kata Hana lagi, dia menghargai segala teguran sama ada baik atau buruk serta mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakan serta menasihatinya.

"Saya harap semua orang boleh doakan saya agar sentiasa sabar dan istiqamah dalam menjadi diri serta penampilan. Saya nak minta maaf secara terbuka kepada semua yang menyedari tentang isu ini. Agak hebat juga maklum balas saya terima. Baik dan buruk," katanya yang sebelum ini menjadi perhatian netizen apabila dia mengemaskini mengemaskini bio Instagram dengan meletakkan status 'Single Mommy' serta menukar gambarnya tidak lagi berniqab.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, menerusi Insta Stories hari ini, Hana tampil menyatakan pendirian mengenai pilihannya untuk membuka purdah. Jelas Hana, 25, seperkara yang dititikberatkan ialah menutup aurat dengan sempurna: "Terima kasih pada yang tegur dan menasihati. Isu niqab, kenapa on off? Dah lah berniqab kadang-kadang upload gambar tak berniqab.

"Tak apa lah, lain orang lain pendapat. Kalau nak lebih ilmu atau info, google atau tanya pandangan orang yang berilmu. Tapi bagi saya tutup aurat dengan sempurna lagi penting dan sangat wajib. Niqabis atau tidak, jom sama-sama kita ambil berat tentang aurat dan pakaian yang dibenarkan dalam Islam ye," tulisnya.

Untuk makluman, Hana yang berstatus janda anak seorang telah mendirikan rumah tangga dengan PU Abu pada Mei lalu. Sebelum bernikah dengan Hana, PU Abu pernah berkahwin dengan Ain pada 31 Ogos 2018 namun menceraikan isterinya yang sedang hamil itu pada 13 Mac menerusi aplikasi WhatsApp. Konflik mereka selesai apabila jatuhnya talak kedua pada 16 Mei lalu. PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun 2019.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: