13 September 2019

"SYUKRI OKU TU DAH SAYA BERHENTIKAN" - SHAHIDA JELASKAN SEBABNYA


Kisah pasangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang ada mengambil seorang insan kelainan upaya (pekak dan bisu) sebagai salah seorang staffnya iaitu Syukri, semua sudah sedia maklum.





Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, kelibat pemuda berusia awal 20-an itu sudah jarang kelihatan menerusi mana-mana perkongsian milik pasangan ini di media sosial, hingga ada yang bertanya mengenai hal tersebut.

Lalu, awal semalam bagi menghentikan sebarang spekulasi andai akhirnya boleh memberi fitnah kepada mana-mana pihak, Shahida ada memberikan serba sedikit penjelasan mengenai hal tersebut menerusi Insta Stories.

Memetik apa yang ditulis kepada empat cahaya mata ini, dia sebenarnya sudah malas untuk membuka cerita akan tetapi memikirkan ada yang cuba menabur fitnah, dia akhirnya terpaksa memperjelas bagi mengelakkan berlakunya salah faham.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: