14 September 2019

PADAM LUAHAN HATI - LUFYA ENGGAN BIAR FITNAH BERLELUASA


"Terima kasih untuk doa dan kasih sayang anda semua kepada lufya. Tekanan yang Fya rasakan melampaui kemampuan Lufya untuk menyimpan perkara ini sendiri. Lufya bertambah sedih apabila membaca komen-komen yg mengundang banyak fitnah terhadap dia dan lufya delete posting smlm untuk ketenteraman semua pihak.





"Hati wanita ni jika dijaga, dibaja, dan disiram dengan perhatian dan kasih sayang tak mungkin meletop tak tentu pasal. Don't take women for granted. Pls understand us, shower us with love and tenderness. Why is it so hard to do that?? Am I not worthy to be loved?

"I love my family but I need to be happy to raise my child in a good manner. I want her (Laana Haura) to be happy too. Im just a human not an angel," demikian kata Lufya Omar yang telah mengambil keputusan untuk memadam 'posting'nya itu kerana enggan membiarkan fitnah dan khabar angin terus berleluasa.

Menurut Lufya, hati seorang wanita perlu dibaja, dijaga dan disiram dengan perhatian agar tidak meletup tiba-tiba. Kemungkinan besar kata-kata tersebut ditujukan kepada suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz. Rata-rata netizen melahirkan rasa terkejut apabila membaca luahan hati Lufya tentang perkahwinannya yang telah dimuatnaik ke Instagram kelmarin.

Klik untuk gambar besar


Iyerlah sampai 6 kali si suami buat salah, hati isteri mana yang tak kecewa kan? Namun status tersebut telah menyebabkan para netizen membawang, sekaligus menimbulkan fitnah terhadap Lufya dan juga suaminya.

Kebiasaanya perkongsian masalah rumahtangga di media sosial tidak mendatangkan kesan positif. Namun kita tak boleh salahkan mana-mana pihak yang berbuat demikian. Iyerlah kadangkala diorang nie nak cakap dengan pasangan pun tak boleh. Itu yang tertekan sampai terpaksa luah di Internet. Buat Lufya, bersabarlah.

Cuba selesaikan masalah dengan suami anda secara berdepan. Sebelum buat apa-apa keputusan, fikir masa depan anak anda terlebih dahulu. Untuk makluman, Lufya dan suami berkahwin pada 28 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: