04 September 2019

ALIFF SYUKRI TAK PERLUKAN BABY SHIMA UNTUK TRENDING


"Saya tak perlukan Baby Shima untuk trendingkan lagu saya. Tanpa kontroversi dengan dia pun, lagu saya dah memang trending. Lagu saya dah dimainkan di lebih 10 buah radio popular di Indonesia. Jadi, anda tidak perlu lagi bertanyakan saya mengenai Baby Shima, nanti seakan saya memberikan publisiti percuma kepada dia," tutur usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.





Aliff yang juga bergelar penyanyi dan pelakon itu menafikan pergaduhan di media sosial yang membabitkan dirinya dengan penyanyi Baby Shima adalah sebagai satu gimik bagi melariskan single terbaharunya, 'Cowok Baru'. Menurut Aliff, dia tidak memerlukan penyanyi dangdut tersebut untuk menjadikan lagu terbaharu nyanyiannya itu menjadi trending di Malaysia dan negara jiran, Indonesia.

Aliff berkatam, dia juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu memberi populariti percuma kepada penyanyi dangdut itu: "Sudah-sudahlah tanya saya mengenai dia (Baby Shima). Saya pun tak faham kenapa dia nak panjang-panjangkan lagi isu. Sudahlah, banyak lagi yang saya perlu fikirkan selain benda remeh sebegini. Terpulang kepada dia mengganggap saya 'propa' minta maaf atau apa".

Klik untuk gambar besar


Kontroversi bermula apabila Baby Shima mengkritik nyanyian Aliff menerusi ruang komen di Instagram milik usahawan tersebut. Menurut bekas peserta program Big Stage musim pertama itu, suara Aliff kurang sedap didengar walaupun mengakui melodi lagu 'Cowok Baru' itu adalah bagus dan catchy.

Lantaran komen itu, Aliff membidas kenyataan penyanyi lagu 'Roadblock Hatiku' itu dengan mempertikaikan semula kredibiliti nyanyian dan kualiti suara Baby Shima. Single 'Cowok Baru' merupakan kolaborasi Aliff bersama dua penyanyi Indonesia Lucinta Luna dan Upiak. Lagu tersebut dihasilkan Aliff bagi menggembangkan bakat nyanyiannya ke negara seberang yang mana banyak didominasi muzik genre dangdut seperti yang dibawakannya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Kopi Planet, Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: