04 September 2019

SEKSI KETIKA BIRTHDAY - FATHIA DIKECAM, DIDOAKAN KEMBALI TUTUP AURAT


Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff telah memuatnaik foto ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 tahun. Namun, pakaian yang dipakai ketika sambutan itu telah dikritik netizen kerana dianggap terlalu seksi dan tidak sesuai dengan imej wanita muslimah.





Walaupun Fathia menutup ruangan komen selepas memuatnaik fotonya di Instagram (IG), netizen mencari jalan untuk 'menyerangnya' di 'tempat' lain. Di ruangan komen sebuah blog hiburan terkenal, ribuan komen ditinggalkan netizen yang tidak suka dengan penampilan terbaru pelakon tersebut. Namun, ada juga yang mendoakan agar Fathia kembali menutup aurat seperti dulu.

Foto Fathia mengenakan top hijau yang mendedahkan bahagian dadanya itu dimuatnaik pada sambutan ulang tahun hari kelahirannya, berdasarkan hashtag #itsmybirthday. Setakat ini, tiada komen balas daripada Fathia selepas penularan dan komen negatif pada foto tersebut.

Klik untuk gambar besar


Pada April lalu Fathia mengaku membuka tudung kerana enggan terus berpura-pura sedangkan hidupnya tidak pernah tenang sejak berhijab. Fathia turut mendakwa keputusan membuka tudung ketika itu sudah lama difikirkan, tetapi tidak berbuat demikikan kerana mahu menjaga hati keluarga.

"Suka hatilah saya nak buat apa, ini pilihan hidup saya. Saya berhak memilih jalan terbaik. Orang nak cakap saya sakit atau depresi terserahlah. Saya hanya menjadi diri sendiri, saya tidak mahu berpura-pura. Tiada gunanya bertudung litup tetapi masih tidak berubah," katanya beberapa bulan yang lalu.

Sebelum ini, Fathia sudah pun memberitahu betapa beliau sangat selesa dengan dirinya sekarang. Tidak kisah dengan kritikan dan kecaman. Apapun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat dirinya agar satu hari nanti Fathia akan berubah.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Beautifulnara & Instagram Fathia Latiff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: