24 September 2019

AMYRA ROSLI: "MAKKAH IS CALLING... INSYA-ALLAH"


Menerusi kemas kini terbaharu di laman Instagram, pelakon Amyra Rosli memuatnaik gambar passport dia yang berhijab serta suami, pelakon Amar Baharin dan anak mereka, Aqeef Anaqi dengan kapsyen "Makkah is calling... Insya-Allah", seakan memberi bayangan bakal berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan Umrah.





Entri tersebut mendapat perhatian rakan artis serta peminat yang turut gembira serta mendoakan segala urusannya itu dipermudahkan: "Alhamdulilah, happy for you dear sister," komen Lisa Surihani. - "Semoga segala urusan dipermudahkan dan selamat, amin," komen salah seorang pengikutnya.

Untuk makluman, Amyra kini sedang hamil anak kedua dan dijangka bakal melahirkannya pada awal tahun hadapan. Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Amyra Rosli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: