24 September 2019

FESYEN NAMPAK 'LUTUT' - NEELOFA DIKRITIK, DIKATA BELUM SEDIA BERHIJAB


Semua mengetahui pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa gemar untuk mencuba pelbagai fesyen unik. Baru-baru ini, Neelofa telah berkongsi foto ketika dia menghadiri Milan Fashion Week di Itali. Namun, busana yang digayakan Neelofa semasa acara tersebut mengundang kritikan ramai.





Kalau sekali pandang, memang nampak sopan tetapi apabila Neelofa duduk, kelihatan kainnya terangkat dan mendedahkan sedikit auratnya. Fuh! Tajam betul mata netizen. Rata-rata netizen berkata penampilan Neelofa ketika majlis itu tidak sesuai bagi seorang wanita bertudung apatah lagi sudah bergelar 'Hajjah'.

Apa pun, kita fikir positif, mungkin Neelofa pun tidak perasan busana yang digayakan akan jadi sebegitu, terselak dan kemudiannya menjadi kontroversi pula. Nampaknya Neelofa seakan tidak mempedulikan setiap kecaman yang dilemparkan kepada dirinya dan terus yakin mencuba pelbagai fesyen.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Noor Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: