24 September 2019

LAWAT ABBY DI HOSPITAL - NORMAN ADAKAN DOA SELAMAT, SOLAT HAJAT


Pelakon Norman Hakim menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi foto dirinya melawat Abby Abadi yang kini terlantar di hospital disebabkan tekanan darah tinggi. Turut kelihatan dalam foto berkenaan adalah isterinya, Memey Suhaiza, suami Abby sekarang, Muhammad Faizal Zakaria dan anak perempuan, Marissa Dania Hakim.





Dalam entri tersebut, Norman memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan bekas isterinya itu. Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon, 43, berkongsi foto dirinya melawat wanita berkenaan. Turut kelihatan dalam foto berkenaan adalah isterinya, Memy Suhaiza dan suami Abby sekarang, Muhammad Faizal Zakaria.

"Syafakillah. Mohon sama-sama doakan Mama (Abby) dipermudahkan untuk kesembuhan terutama dari darah tingginya dan bayi dalam kandungan. Insya-Allah malam ini akan diusahakan sekali doa selamat serta solat hajat untuk kesembuhan mama," tulis Norman.

Terdahulu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 42, dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada Ahad disebabkan tekanan darah tinggi. Pelakon yang cukup dikenali menerusi drama kepolisan 'Gerak Khas' itu kini hamil dan usia kandungan sudah mencecah 23 minggu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Norman Hakim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: