06 September 2019

"APA NI MAKCIK... SAYA DAH LAMA MOVE ON" - SUFIAN


Baru-baru ini, penyanyi Sufian Suhaimi telah ditegur oleh seorang peminat 'veteran' agar berpakaian kemas dan 'move on' dari terus menagih simpati bekas kekasih. Biarpun sudah setahun berlalu, masih ada yang mengaitkan Sufian dengan bekas kekasih.





Dalam perkongsian gambar selepas menyelam itu, Sufian menulis kepsyen 'rindu' berserta gambar rakan seperjuangannya, Znyakal. Bagaimanapun wanita itu terus meluru menulis Sufian masih 'rindukan' bekas kekasih.

"Apa ni makcik. Saya jarang reply komen orang tapi mak cik nampak risau betul. Ni gambar saya baru lepas menyelam dalam laut. Mungkin sebab tu rambut tak tersikat kemas. Saya dah lama move on. Saya boleh ada girlfriend bila-bila je saya nak.

Klik untuk gambar besar


"Cuma belum masanya lagi. Orang yang saya rindu tu kawan saya. Dia sakit. Dalam hospital sekarang. Cuba swipe left. Kalau tak reti minta tolong siapa-siapa yang ada dengan makcik," tulis penyanyi lagu 'Di Matamu' itu.

Bagaimanapun respon bersahaja Sufian terhadap wanita itu menimbulkan rasa lucu dikalangan netizen. Rata-rata memuji respon Sufian yang tidak cepat melenting dan menghormati wanita itu biarpun selepas tuduhan diberikan.

Apapun, buat makcik-makcik diluar sana, sebelum menulis pastikan baca betul-betul kepsyen yang ditulis dan fahami dahulu. Barulah tak tersilap komen, tapi respon Sufian memang cool habislah!




www.myartis.com / Sumber & foto: Oh Bulan, Rotikaya & Instagram Sufian Suhaimi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: